Tuesday, April 12, 2011


Sedikit pengenalan mengenai penubuhan pendidikanislam-kmb-e10a.blogspot.com. Kami merupakan pelajar tahun satu yang menuntut di Kolej Mara Banting, Selangor dan sedang menjalankan kursus asasi 'International baccalaureate' selama 2 tahun di bawah program persediaan ke luar negara. Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk berkongsi dengan para pembaca mengenai ilmu-ilmu asas islam yang sudahpun kami bincangkan di dalam kuliah selain berkongsi mengenai pengalaman-pengalaman kami sebagai pelajar IB yang beragama islam. Penubuhan blog ini dan segala pembentangan kami mengenai perkara-perkara asas islam adalah di bawah pemantauan pensyarah kami iaitu Ustaz Abd Jamir Bin Md Saad. Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau dan semua pihak yang turut membantu dalam penghasilan blog ini. Harapan kami semoga segala nota-nota yang dikongsikan dapat bersama-sama digunakan dengan cemerlang dan agar kefahaman terhadap islam itu sendiri akan meningkat. InsyaAllah...

Gambar - gambar amal islami